Jumaat, 26 Julai 2013

Pengorbanan -prolog-

Assalamualaikum Sorry i keep posting a boring stuft. Bear with me ya :)

   "Ad cepatlah pengantin lelaki mai dah ni yang kau dok terconggok macam patung ni apahal?" marah Zura manja. Aku yang tengah terpinga pinga memandang sekeliling sempat mataku jatuh pada cermin yang berada di hadapan aku ini. Aku kah ini? sispa sangka aku boleh jadi cantik macam ini! Aha, perasan
 
 "Hah..hah..apa??" tanyaku bodoh. Zura mengetuk kepala aku dengan majalah Gen-Q.
 
 "Aduh..sakitlah bonggok" marahku.
 
 "Kau boleh tanya apa lagi. tu laki kau dah sampai dah kau ni nak kahwin ke tak?" marah Zura.
 
"Hehe..mestilah nak" Ujarku tersengih sengih, aku membetulkan baju kurung berwarna putih susu itu. kalau bukan kerana dia , aku jamin aku tak akan berubah macam in Ad yang dulunya pasti nak perkhawinan yang elegan dan paling penting aku dinobatkan sebagai pengantin yang tercantik. tapi sekarang aku mula sedar dan mencari sesuatu yang hilang. kerana dia jugalah aku menjumpainya semula nikmat iman.

   "nak cepatlah siap ,laki kau tu dah berpeluh dah jumpa tok kadi" seloroh Zura kemudianya tertawa.

   "isyh, kau ni memanglah berpeluh dah dia jumpa tu tok kadi bermisai rembo" gurauku turut mengikut, kemudian bilik itu penuh dengan ketawa kami berdua.

   "kau yakin ke?" tanya Zura serious tiba tiba.

   "yakin apa?" puraku.

   "Ad!" marh Zura.

   "apa?"

   "betul betulah"

Aku terdiam seketika,aku memang yakin pada perkhawinan ini cuma hati aku ini kadang kadang masih terselit rasa sayang pada dia. tetapi dia tak pernah ucapkan rasa cinta ini pada aku. belum tentu dia suka aku. satu persatu kenangan terimbau di mana aku mengenali dua insan teristimewa yang menjadi sebahagian daripada hidupku. perkenalan yang membawa seribu makna dalam kehidupan aku.